Assalamualaikum.Dengan nama Allah.
Salam untuk semua pengemudi kehidupan sekalian.
Right path is jalan yang benar.
Persolannya:Jalan???Jalan untuk pergi mana?
Ok..Pernah dengar Al-Fatihah?
Ok..mesti yg beragama Islam sudah hafal berzaman dah..Alhamdulillah.
Tahu apa maksudnya??
Setiap bacaan Al-Fatihah kita,kita pasti akan meminta petunjuk ke jalan yang benar.
Jalan nak ke mana?Jalan untuk mencapai tujuan hidup.
Boleh tak saya katakan tujuan hidup adalah kehidupan selepas mati.
Sebabnya.waktu dunia hanyalah sekadar waktu pendek persediaan untuk alam akhirat.
Setiap hari kita mengakui alam Akhirat itu ada.
jika kita membaca Al-Fatihah dengan sejujurnya,
denganNya kita mengakui Tuhan kita adalah Pemilik bagi Hari Penentuan.
Masa tu malaikat Israfil tiup sangkakala.
MasyaAllah..takutnya.
Cuba tengok ayat2 Quran.Al-Waqiah,Al-Ghasyiah,Al-Infitar,At-Takwir...banyak lagi..
Untuk mencapai pengakhiran yang boleh meng'senyum'kan diri,
Perlunya untuk mengikut jalan hidup yang Allah setkan untuk kita,hamba yang lemah ni.
Perlunya kita untuk berusaha mengikut jalan yang boleh mencapai keredhaan Allah + SYURGA.
[Er..ada yang cakap dia dah Islam, so relax je.semua masuk syurga ye?]
Kita masuk syurga dan neraka dah ditentukan.
Tapi..Allah saja yang tahu cara untuk pilih ahli syurga dan neraka.
Sebab itulah adanya Malaikat Raqib dan Atid yang catat perbuatan baik dan jahat.
Sebab itu ada Malaikat Munkar dan Nakir yang tanya soalan di Alam Kubur.
Adanya Malaikat Ridhwan dan Malik yang menjaga syurga dan neraka.
Setiap perbuatan..usaha kita untuk syurga itu dibayar oleh Allah seadil-adilnya.
Qada' dan Qadar itu tiada dalam list pengetahuan kita.
Maka..kenalah USAHA.Mana tahu..dengan sikap 'relax2 sudah' kita tu,
Allah palingkan hati kita daripada Islam..dah xdapat masuk syurga.
Suka?
[Er.mesti dah ada yang nak tahu jalan yang dimaksudkan kan?]
macamana nak cari jalan tu?
Tak perlu susah2 cari peta. Allah dah beritahu dalam Al-Quran.
Al-Quran yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah.
Kan kita dah baca setiap hari dalam Al-Fatihah,
Allah Maha Mengasihi hambaNya.
Sunnah Rasulullah pun ada..semuanya benar belaka.
Nabi Muhammad kan jujur, amanah, tabligh, fatanah.
Jom ikut the right path..cara hidup Islam..cara hidup yang diredhai Allah.
[Err..ada yang cakap cara hidup Islam susah ye?]
Takpelah susah sekejap..kita duduk kat dunia kan sekejap je.
Lebih kurang..60 tahun sekejap ke?
Yakin ke dapat hidup 60 tahun?mana tahu esok kita dah tiada.
Lagipun.hari akhirat tu masanya berkali-kali ganda dengan masa di dunia.
Masih tak percaya lagi dengan janji Allah?
Cuba check Iman. Bukan ke kalau kita nak tergolong dlm golongan org yang beriman,
kita kena percaya Allah, Malaikat, Rasul, Kitab2,Qada' dan Qadar dan Hari Akhirat.
Membenarkan dengan hati, diucapakn dengan lisan dan diamalkan dengan anggota badan yang semua ini adalah benar.
"Dan orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa (Al-Quran) itu benar dari Tuhanmu lalu beriman dan hati mereka tunduk kepadaNya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus."[Al-Hajj: 54]
Jalan ini memang susah kerana syurga itu mahal.
Let's maneuver our life with Iman.[^_^]
Stay on the right path.
No comments:
Post a Comment